top of page

Taetea ialah jenama teh Pu’er yang paling digemari di China. 

Kami mempunyai 5 juta pelanggan setia yang pandai menilai teh Pu’er dan hanya menikmati yang terbaik.

Memiliki lebih daripada 2200 cawangan di Asia, Taetea ialah jenama yang anda boleh yakini.

Pu'er Untuk Generasi Akan Datang

Taetea dan Kilang Teh Menghai berpengalaman selama lebih daripada 70 tahun sebagai penanam dan pengeluar teh Pu'er yang terbaik di dunia.

 

Hari ini kami meneruskan usaha untuk mengekalkan kecemerlangan; menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, kami berharap untuk menghasilkan teh Pu'er yang paling berkualiti di dunia bagi generasi akan datang.

 

Sejarah penglibatan kami yang panjang berjaya menjadikan kami lebih daripada sekadar penanam Pu’er. Sila tinjau laman kami untuk menerokai serba-serbi tentang Pu’er dan Taetea. 

Rakan Usahasama Global Taetea

Kami berminat untuk menjadikan para penggemar teh di setiap negara sebagai rakan usahasama kami.

Sila hubungi kami jika anda berminat untuk menjalinkan Usahasama dengan Taetea

 

Jenama Taetea

Taetea dalam Bahasa Mandarin; 大益 DaYi, adalah berbentuk mainan kata - dalam bahasa tempatan masyarakat minoriti Menghai Dai ianya bermaksud ‘Daun Lebar’ dan dalam bahasa Mandarin baku ianya bermaksud, ‘Untuk Manfaat Bersama’.

 

Di dalam dunia moden yang sering membuatkan kita berasa tidak seimbang, kami yakin khasiat semulajadi teh Pu’er mampu mencergaskan tubuh dan jiwa.

 

Pu’er sememangnya baik untuk anda dan di Taetea 大益 DaYi, kami yakin bahawa jika ianya mendatangkan manfaat kepada seorang, ianya memanfaatkan semua.

 

Jaminan Kualiti OTA

OTA adalah singkatan bagi Origin (Asal Usul) - Technology (Teknologi) - Age (Usia)

Taetea menjamin OTA bagi kesemua produknya dan dengan mematuhi kepada tiga faktor piawaian ini secara teliti, ianya dapat memastikan yang Teh Pu'er Taetea sentiasa bermutu.

 

Halaman Asal Usul, Teknologi dan Usia kami memberikan maklumat dan data terperinci berkenaan kepakaran penanaman dan pengeluaran Taetea

 

Xishuangbanna, yang terletak di Selatan Yunnan di sepanjang Dataran Tinggi Tibet ialah tempat asal kelahiran teh dan Pu’er ialah genetik induk bagi kesemua jenis teh yang wujud.

 

Pohon Pu’er hanya boleh didapati di Yunnan dan pengkelasan ini telah dikuatkuasakan oleh undang-undang negara China.

 

Cuaca, jenis tanah dan persekitaran Yunnan mempengaruhi keistimewaan ciri dan rasa Pu’er, menjadikannya agak mustahil untuk menghasilkan semula teh ini di kawasan lain dan sememangnya ia adalah satu produk dari Yunnan.

Teh maocha tertapai yang dihasilkan di Hunan dan Guangdong, di sepanjang sempadan Laos dan Vietnam, atau di kawasan lain di luar Yunnan tidak dapat menandingi keperluan kualiti yang disyaratkan dan oleh yang demikian ianya tidak dikelaskan sebagai Pu’er.

 

Pada tahun 2008, kerajaan China telah mengisytiharkan teh Pu’er sebagai “satu produk dengan petunjuk geografi”. Ini menghadkan penamaan teh Pu'er khusus bagi teh yang dihasilkan dalam kawasan tertentu di Wilayah Yunnan.

 

 

bottom of page