top of page

Yunnan Taetea Group dan Taetea (Malaysia) Sdn Bhd mengalu-alukan dan membuka peluang kepada rakan usahasama berpotensi yang mempunyai reputasi yang baik, pengalaman pemasaran yang kukuh serta kesanggupan untuk bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk jangka masa panjang bersama kami.

 

Taetea Group menawarkan semua bantuan yang diperlukan bagi memastikan hubungan usahasama yang terjalin berjaya dan berkekalan.

 

Taetea tidak menggunakan khidmat broker atau wakil, kami menyokong model perniagaan secara langsung. Ini menawarkan rakan kongsi kami peluang untuk berurusan secara terus dengan para penanam dan pengeluar teh.

 

Kami menawarkan:

  • Pembekalan stabil produk teh Pu'er yang berkualiti tinggi

  • Harga yang berpatutan dan munasabah secara konsisten untuk barangan kami dan dasar polisi

  • Sokongan pemasaran: kmi menyediakan sistem latihan profesional bagi staf iaitu bimbingan dan latihan: mengadakan sesi latihan pemasaran profesional untuk peniaga senior; seminar komunikasi 2 hala

  • Sokongan aktiviti promosi; menyediakan rekaan pengiklanan yang profesional bagi memenuhi kehendak pengguna; melaksanakan aktiviti program; menghantar profesional sebagai sokongan di lapangan dan bantuan dalam pameran besar dan aktiviti promosi.

  • Menyiarkan maklumat syarikat anda di laman web rasmi Taetea : http://www.taetea.com.cn bagi tujuan publisiti dan promosi.

 

Bantuan Dari Segi Pemasaran & Promosi

  • Bahan promosi & jualan

  • Rekaan & pengiklanan

  • Bantuan pameran

 

Kami akan membantu untuk mempromosikan jenama Taetea dan kesemua kedai rakan usahasama kami di laman web rasmi kami: www.taetea.net serta pelbagai platform media sosial dan media lain yang berkaitan.

 

 

Bantuan Penyediaan Latihan

Kami, di Taetea, berminat untuk memupuk jalinan usahasama perniagaan yang berkekalan. Kami sudi menyediakan semua maklumat dan latihan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini.

 

 

Bantuan Selepas Jualan

Kami ingin memastikan yang anda benar-benar berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kami.

 

Matlamat kami adalah untuk membina nama yang paling diyakini di dunia bagi teh Pu'er. Kami sedia memberikan sebarang bantuan yang diperlukan pada setiap peringkat hubungan perniagaan yang terjalin.

 

bottom of page