Teh Kehidupan

Pu’er boleh menjadi sangat berfaedah kepada tubuh dan minda anda tetapi seperti semua remedi yang lain, anda mesti menggunakannya dengan betul:

 

Pu’er Selepas Hidangan Makanan

Pu’er digambarkan sebagai teh yang paling 'langsing' kerana ianya menyingkirkan lemak dari tubuh anda. Teh Pu’er sungguh berkesan sebagai ejen penghadaman dan oleh yang demikian ianya minuman yang amat sesuai untuk dinikmati selepas hidangan. Telah berkurun lamanya masyarakat Tibet, suku kaum asli Yunnan dan Cina, menikmati Pu'er setelah selesai menikmati hidangan makanan. 

Meminum teh Pu’er secara tetap dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Pautan: Teh Menurunkan Berat Badan

 

Pu’er Membantu Anda Tidur Lena

Pu’er mempunyai kadar theanine yang tinggi; sejenis zarah teh yang dapat memberikan anda kesan ketenangan. Pu’er juga mempunyai kadar kafein yang amat rendah, oleh itu, secawan Pu'er nipis adalah hidangan yang amat ideal sebelum waktu tidur. Tekstur Pu'er yang lunak memberikan anda kesan pelegaan nyaman untuk tidur yang tidak terganggu.

 

Pu’er Melegakan Gangguan Perut

Teh Pu’er sangat terkenal dengan faedahnya kepada sistem penghadaman kerana ianya dapat meningkatkan penghasilan jus dalam badan anda untuk membantu dan memudahkan penghadaman, serta mengurangkan sembelit.

Pautan: Teh Membantu Pencernaan

 

Pu’er Selepas Pengambilan Alkohol

Teh Pu’er terkenal di kalangan rakyat suku kaum asli Yunnan sebagai kaedah terbaik untuk memerangi kesan buruk yang terhasil selepas pengambilan alkohol.

Pu’er membantu melegakan pening mabuk selepas pengambilan alkohol dengan menghidratkan kembali tubuh anda dan yang paling penting membantu fungsi hati anda memperbaiki sendiri kerosakan yang ia alami secara lebih berkesan; memproses toksin dan racun dan mengembalikan kesihatan anda ke tahap terbaik.

Pautan: Teh Pembersih Hati

 

Khasiat Pu’er 

Teh Pu’er telah terbukti berupaya melindungi anda daripada pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan:

Teh Pu'er membantu mencegah penyakit jantung dengan mengurangkan tekanan darah, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan kolesterol berkepadatan tinggi.

 

Teh Pu'er menyahtoksin dan memperbaiki fungsi hati, terutamanya selepas pengambilan alkohol.

 

Teh Pu'er menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.

 

Teh Pu'er membantu penghadaman, melegakan perut, dan memperbaiki fungsi usus, jadi ianya mencegah rungutan berkenaan penghadaman dan gangguan usus.

 

Teh Paling Berkhasiat

Ciri pohon Arbor purba berdaun lebar dan proses pematangan serta penapaian yang unik menjadikan teh Pu’er teh yang paling menyihatkan – memberikan senarai panjang faedahnya untuk kesihatan.

 

Khasiat Pu’er yang menjadikannya begitu istimewa.'

 

Panduan Penjagaan Kesihatan

Faedah kesihatan teh Pu’er yang didokumenkan di sini adalah berdasarkan kepada keputusan dari banyak kajian dalam negara-negara lain di seluruh dunia.

 

Dan pada ketika ini, Taetea menjalankan penyelidikannya yang tersendiri berkenaan khasiat kesihatan yang terkandung dalam teh Pu’er.

 

Namun begitu, walaupun Pu'er berupaya membantu anda secara berkesan untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik, sila dapatkan nasihat daripada para pakar penjagaan kesihatan jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius. 

© 2015 TAETEA 

  • Wix Facebook page