Teahouse Diraja Beijing

- Royal Tea House

‘Manjakan Diri Dengan Hidangan Mewah Istana Lama Maharaja China’

 

Teahouse Diraja Beijing (The Beijing Royal Tea House) menempatkan kebudayaan Pu'er Taetea dan Yunnan di tengah-tengah pusat kebudayaan Beijing.

 

Kelab Kebudayaan Teh Diraja Beijing (Beijing Royal Tea Culture Club) dan Dapur Diraja (Royal Kitchen) memberikan anda peluang untuk menikmati Pu’er yang terbaik buatannya serta hidangan diraja terunggul dalam persekitaran paling mewah.

 

Kemewahan Maharaja China

Mula bertapak dalam tahun 2007 dan direka oleh arkitek terkenal dari Akademi Seni Halus Beijing, ruang dalaman Teahouse Diraja (Royal Tea House) menggabungkan elemen Laluan Teh-Kuda Purba dan Kebudayaan Teh China Tradisional dengan elemen keanggunan dan kemewahan maharaja China di masa lampau.

 

Terdapat pepatah menyatakan; ‘sejarah Pu’er adalah sejarah China’. Teahouse Diraja menempatkan kebudayaan teh Pu’er di tempat yang sepatutnya; di tapak bersejarah Istana Musim Panas Lama Beijing, Yuan Ming Yuan, yang telah dimusnahkan ketika zaman Perang Candu kedua.

 

Upacara Teh Maharaja

Nikmati pilihan hidangan teh Pu'er China yang paling bermutu; teh yang sangat jarang ditemui sehingga ianya hanya dipersembahkan sebagai Teh Ufti kepada maharaja dan istananya.

 

Nikmati Pu'er anda yang disediakan oleh Pakar Teh paling terkemuka kami dan nikmati pengalaman penuh Upacara Teh Maharaja.

 

Selepas upacara minum teh, nikmatilah sajian pencuci mulut dan juadah manisan yang lazat seperti mana ianya dinikmati oleh para golongan bangsawan di zaman dahulukala.

 

Pusat Perniagaan & Kelab Kebudayaan Teh

Teahouse Diraja Beijing (Beijing Royal Tea House) juga menawarkan lokasi yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat perniagaan dalam Pusat Persidangan Perniagaan kami yang mewah serta dilengkapi sepenuhnya bagi menangani keperluan profesional anda.

 

Kelab Kebudayaan Teh Diraja kami ialah suatu cara unik untuk berkongsi budaya teh Cina sementara anda menghayati pelbagai jenis teh Pu'er yang bermutu, sambil dikelilingi oleh lukisan minyak pemandangan gaya Cina klasik, perabot, seni dan tembikar antik yang menggambarkan Budaya Teh Maharaja Cina daripada kesemua dinasti di zaman dahulukala.

 

Sila hubungi kami untuk tempahan atau pertanyaan:

 00 (86) 10 6252 2277     (Ext. - 500)

 

 Fungsi & Kemudahan Lain Termasuk:

-  Pertukaran & Komunikasi Budaya Teh

-  Subcawangan Institut Taetea ACCTM

-  Bilik Pameran Dan Peruncit Teh & Produk Teh

-  Pameran Teknologi Pemprosesan Teh