‘Pu'er Taetea  - Inovasi Tulen’

 

Di Dongguan, kami menggunakan pengetahuan dan teknologi canggih untuk penyelidikan dan pembangunan produk-produk baharu yang disesuaikan untuk memenuhi citarasa peminum Pu'er moden daripada setiap lapisan masyarakat.

 

  • Inovasi Saintifik

  • Inovasi Teknologi

  • Inovasi Produk

  • Inovasi Berasaskan Pasaran Global

 

Ini adalah tenaga penggerak utama yang membentuk masa depan Kumpulan Taetea hari ini…

 

Keseimbangan Kesihatan

Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, manusia lebih memerlukan keseimbangan kesihatan yang terdapat di dalam teh Pu'er yang berkualiti berbanding sebelum ini.

 

Di Dongguan kami menghasilkan satu siri produk Pu’er khusus untuk memenuhi keperluan para peminum Pu’er hari ini dan untuk generasi yang akan datang.

 

Taetea yakin dengan penggunaan kaedah tradisional terbaik serta nilai-nilai yang telah lama wujud sebagai asas pembangunan produk baharu kami; satu imbangan keharmonian yang telah terbukti secara konsisten berupaya mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

 

Kumpulan Taetea telah menghasilkan Pu'er berkualiti terbaik dalam bentuk cakera, gasing dan pelbagai bentuk tradisional lain selama lebih dari 70 tahun.

 

Kini kami dengan bangganya menerajui bidang inovasi teh Pu’er menerusi pusat penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran kami di Dongguan, satu pencapaian yang amat memberangsangkan bagi Kumpulan Taetea.

 

Prinsip Pertubuhan

Berlokasi di Dongguan, Wilayah Guangdong, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah berkaitan teh, cawangan Taetea ini ditubuhkan dalam tahun 2011 dan mematuhi prinsip-prinsip pertumbuhan Taetea:

 

Untuk menyesuaikan kesemua jajaran produk Taetea bagi memenuhi keperluan pasaran global moden yang pelbagai di samping mematuhi kepada piawaian kualiti tradisional Taetea yang ketat.

 

Ini menjadikan Taetea satu-satunya syarikat yang terkenal kerana mengekalkan tradisi dan nilai-nilai teguhnya serta merupakan satu-satunya syarikat teh Pu'er yang paling progresif dan berpandangan ke hadapan.

 

Himpunan eksklusif Teh Uncang Pu'er Tua yang dihasilkan oleh Pusat Dongguan merupakan satu contoh tipikal kecemerlangan inovasi kami.

 

Produk ini mendapat sambutan hangat daripada para penggemar teh Pu'er; menepati piawaian ketinggian mutu yang ditetapkan oleh Kilang Teh Menghai.

 

Dan paling penting, ianya memenuhi kehendak para penggemar Pu'er moden yang sofistikated dan mementingkan kesihatan.

© 2015 TAETEA 

  • Wix Facebook page