



Taetea (Malaysia) Sdn Bhd merupakan cawangan Taetea Group (dahulunya dikenali sebagai Yunnan Taetea Industry Group Co., Ltd.). Taetea (Malaysia) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2013, bertujuan untuk membekalkan teh Pu'er klasik kepada pelanggan, serta menggalakkan komunikasi tentang nilai teh dan daya tarikannya. Syarikat kami telah membeli kawasan hartanah seluas 3000 meter persegi di Bandar Sri Damansara, Kepong sebagai Pusat Komunikasi Kebudayaan Teh serta Gudang dan Pusat Logistik Teh. Kami telah berjaya mendapatkan 4 kedai francais dan kaunter khas di Malaysia. Produk halal kami boleh didapati di 20 atau lebih, pasar raya di seluruh Malaysia.
Untuk mengembangkan pasaran penggunaan teh di seluruh dunia dan memenuhi permintaan pengguna Muslim di Malaysia, Taetea (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Dongguan Taetea Science and Technology Co., Ltd., pada bulan April 2014 untuk mendapatkan pensijilan HALAL Malaysia.
Pada bulan November 2015, kami layak untuk mendapatkan sijil HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menjadi First Halal Chinese Tea Enterprise. Taetea (Malaysia) Sdn Bhd merupakan ejen tunggal bagi jualan dan perkhidmatan produk teh halal TAETEA.

Layari >