top of page

Semuanya bermula di Kilang Teh Menghai; kilang Pu’er asli di China.

 

Dalam tahun 1973, kami telah mencipta satu kaedah moden untuk proses penapaian teh Pu’er. Ini membolehkan kami menghasilkan bekalan teh Pu’er yang mencukupi agar orang ramai dapat menikmati khasiatnya.

 

Sepanjang sejarah penglibatan kami, keutamaan kami masih tidak berubah, hari ini matlamat kami tetap utuh untuk menghasilkan Pu'er yang paling berkualiti di dunia.

 

Kisah Kilang Teh Menghai bermula pada musim bunga tahun 1940 dengan restu daripada Syarikat Teh China.

 

Encik Fan He Jun, seorang pakar teh dan ahli saintis yang mendapat pendidikan di Paris, telah membawa sepasukan lebih daripada 90 orang pakar teh untuk menyusuri Laluan Teh-Kuda Purba dari Kunming. Sebulan kemudian mereka tiba di selatan tropika, di mana mereka telah mengasaskan Kilang Teh  Menghai.

 

Encik Fan menyedari betapa pentingnya menggunakan kaedah, pengetahuan dan teknologi yang paling canggih pada ketika itu dan mencari keseimbangan yang sempurna dengan kaedah kuno yang digunakan oleh penanam pribumi Pu'er di Menghai.

 

Beliau telah menghantar para saintis ke India untuk menimba ilmu, memanfaatkan peralatan mesin teh moden dan menggalakkan penggunaan idea-idea baharu serta inovatif daripada pasukannya.

 

Menjalinkan hubungan kerjasaama yang erat dengan para pemimpin puak tempatan, Encik Fan membantu para penduduk kampung menghasilkan cakera teh Pu'er yang dimampatkan. Pada tahun 1940, pengeluaran kelompok pertama Pu'er mampat dari Kilang Teh Menghai telah dibawa ke Burma dengan menggunakan kuda. Kemudiannya Pu'er dibawa dengan kapal ke India, dan akhirnya ke Tibet.

 

 

Eksperimen yang dilakukan oleh Kilang Teh Menghai berjaya mencapai kejayaan. Tetapi pada tahun 1941, tentera Jepun telah menyerang Wilayah Yunnan, dan Syarikat Teh China meminta agar Encik Fan dan pasukan Pu'er beliau meninggalkan Menghai.

 

Para penanam Pu'er membantah dan merayu agar diberikan lebih banyak masa bagi menyelesaikan kerja yang perlu untuk menubuhkan kilang mereka sepenuhnya. Dua minggu kemudian, Kilang Teh Menghai mula menjana sendiri kuasa elektrik mereka dan pada ketika itulah penduduk pribumi Menghai melihat cahaya elektrik buat pertama kalinya.

 

Kilang tersebut telah siap untuk beroperasi tetapi Perang Dunia Ke-2 pula meletus. Pengusaha teh Pu’er telah menyembunyikan peralatan mesin teh baharu berkenaan untuk mengelakkan ianya dirampas oleh pihak tentera Jepun dan mereka berpindah keluar dari Menghai.

 

Semenjak penglibatannya selama bertahun-tahun, Kilang Teh Menghai kini dikenali sebagai pengeluar teh Pu'er yang paling disegani di China. Teh Pu'er Mentah 7542 dan teh Pu'er Matang 7572 kami telah diiktiraf oleh masyarakat umum sebagai piawaian penanda aras kualiti yang perlu dipatuhi oleh semua teh Pu'er di China.

 

Selain ciptaan kaedah proses kematangan penapaian longgokan agar kami boleh menghasilkan teh Pu’er dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan bukannya bertahun-tahun, kami juga turut menghasilkan adunan teh Pu'er yang termasyhur di dunia:

 

 

Cakera Mentah ‘88 - Versi eksklusif bagi 7542 Klasik kami yang dihasilkan dalam tahun 1988. Merupakan kegemaran para pengumpul.

 

Bata Mentah ‘92 – Teh Pu’er luar biasa, matang sempurna sesuai untuk pengumpul, amat berperisa serta menjadi pilihan connoisseur

 

Cakera Taetea Ungu – Berwarna ungu kemerah-merahan, Pu’er matang ini dengan rasanya yang nyaman dan baunya yang harum adalah legenda di dalam dunia Pu'er

 

Teh Pu’er Taetea telah menjadi pilihan masyarakat China selama lebih daripada tujuh dekad. Pada masa kini, penyelidikan dan pembangunan Pu'er paling diutamakan, maka kami merancang untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai untuk generasi akan datang. 

 

 

 

                                                                                     

 

                                                                                

 

 

 

20181231-16272978702.jpg

Layari >

bottom of page