• Apakah Pu'er

  • Rakan Usahasama Global

  • Perihal Taetea

  • Ruang Berita & Galeri Foto

  • Produk

  • Hubungi Kami

  • More

    Kilang Teh Menghai

    Pusat Penyelidikan &

    Pembangunan Dongguan

    Institut Taetea

    Teahouse Diraja Beijing

    - Royal Tea House

    Yayasan Amal

    Tembikar Tanah Liat

    Ungu Yixing

    ‘Tembikar Tanah Liat Ungu Taetea - Membina Tradisi Dalam Abad ke 21’

     

    Pada tahun 2011, Kumpulan Taetea mengasaskan Bengkel Pertukangan Seramik Yixing.

     

    Di kota Yixing yang indah dalam Wilayah Jiangsu, kami menghasilkan tembikar tanah liat ungu yang bermutu tinggi.

     

    Teko tembikar buatan tangan kami termasuk:

    -  Siri Sejarah & Budaya

    -  Siri Pertukangan Klasik

    -  Siri Mansheng

    -  Siri Peralatan Tembikar Teh Taetea

     

    Gaya Kami - Menjadi Sebahagian Daripada Tradisi

    Kami menghasilkan kesemua peralatan teh tembikar kami di kota purba Yixing; yang terkenal sebagai bandar seramik dan tempat kelahiran tembikar tanah liat ungu.

     

    Menggunakan kaedah dan seni pertukangan kuno, kami memilih bahan-bahan yang bermutu  untuk menghasilkan seramik tanah liat ungu yang terbaik.

     

    Kami tekad menggabungkan kaedah tradisional dan moden yang terbaik untuk mencapai matlamat kami - untuk menghasilkan peralatan tembikar teh yang praktikal, menarik dan menjadi idaman para artisan dan pengumpul teh.

     

    Menggalakkan Kreativiti

    Kami memupuk kreativiti – Bengkel Yixing kami berjaya menarik ramai golongan pereka terbaik dari institut terunggul di China; seperti Akademi Seni & Rekaan, Universiti Tsinghua.

     

    Kami menghasilkan peralatan teh tembikar untuk abad yang ke 21 – mengintegrasikan rekabentuk tradisional, moden dan inovatif ke dalam himpunan tembikar rekaan kami yang unik

     

    Taetea - Penetapan Piawaian

    Bengkel kami menumpukan sepenuh usaha untuk mewujudkan model tembikar tanah liat ungu yang paling berkualiti.

     

    Kami menggelarnya MTA (Material, Technology, Art) – penyumberan, pembangunan dan mengadaptasi yang terbaik:

     

    Bahan-bahan - Teknologi - Seni

    Peralatan tembikar teh kami tidak boleh ditiru, 

     Anda kenali pertukangan sebenar apabila anda melihatnya… menyentuhnya… minum daripadanya.

     

    *Teko dan set teh Bengkel Yixing Taetea boleh dibeli daripada laman web ini pada masa yang akan datang.

     

    Buat masa ini sila terokai dunia tembikar tanah liat ungu dalam laman web kami. 

    © 2015 TAETEA 

    • Wix Facebook page

    Laman Utama

    Ke atas