top of page
2019117-2112329878883.jpg

‘Terokai gaya hidup teh, temui keindahan teaism’

 

Pada tahun 2010 kami telah menubuhkan sebuah Institut Teh – Akademi Sarjana Teh Cina Bertauliah (Academy of Certified Chinese Tea Masters, ACCTM).

 

Taetea yakin dengan kebaikan teh. Tetapi kami juga turut meyakini kuasa positif budaya teh; Gaya Hidup Teh.

 

Gaya Hidup Teh atau Teaism ialah sebuah sekolah falsafah Cina kuno yang memfokuskan kepada tenaga positif dalaman teh (Chi) serta pergerakan senaman yang dapat mengurangkan tekanan - teh sebagai satu bentuk meditasi dan cara hidup.

 

Seperti kebanyakan budaya kuno Asia yang lain, kami percaya yang keupayaan teh untuk memulih, menyeimbang dan mengembalikan kesihatan kita tidak terhad kepada hanya meminum teh sahaja.

 

Tubuh yang cergas dan minda yang sihat saling berkaitan; kedua-duanya tidak mungkin wujud tanpa satu sama lain

 

Kursus Bertauliah Yang Kami Tawarkan:

 

Taeteaism: Lapan Ajaran Upacara Teh Taeteaism

 

Kursus Muzik Taeteaism: Guqin dan Guzheng; (Alat muzik Ziter kuno bertali sutera atau hap mendatar yang sering mengiringi upacara minum teh)

 

Kursus Gaya Hidup Taeteaism: Direka untuk menepati gaya hidup penggemar teh yang sibuk

 

Terokai Teaism

Di dalam kesibukan dunia harian yang membuatkan anda berasa tiada keharmonian, Taetea berhasrat untuk memperkenalkan satu bentuk meditasi harian yang mudah melalui Teaism.

 

Sama ada anda seorang ahli perniagaan atau menjalani kehidupan rumahtangga yang sibuk; luangkan masa selama beberapa minit setiap hari untuk berehat dan nikmatilah hidangan teh:

 

Rehatkan minda anda - Luangkan masa untuk merenungi tenaga positif Chi dalam teh anda – Tenaga sihat semulajadi yang terdapat dalam setiap hirupan – Fikirkan tentang sinaran matahari, nutrien daripada tanah, masa, usaha, kasih sayang, perhatian serta kualiti yang telah dicurahkan oleh alam semulajadi dan para pakar khusus untuk secawan teh yang anda nikmati.

 

Pokok Teh Purba

Renungi dari mana asalnya setiap daun pokok teh purba; mendiami hutan selama beribu-ribu tahun, menyaksikan berlalunya pelbagai musim, dikelilingi oleh kicauan burung-burung, menghirup udara segar pergunungan.

 

Dengan meluangkan masa untuk menghargai, anda turut meningkatkan tenaga diri dan dengan meluangkan masa untuk 'menghirup aroma mawar' ataupun aroma teh dalam hal ini, anda memperbaiki kualiti hari anda.

 

Memupuk Kecintaan Terhadap Teh

Matlamat Institut Taetea adalah termasuk:

• Untuk menghidupkan kembali hikmat purba Kebudayaan Teh Cina

• Untuk menyemai semangat cintakan teh bagi generasi seterusnya

• Untuk memfokuskan kepada Teaism menerusi:

Penyelidikan - Pemahaman - Pengelasan - Komunikasi - Mempromosikan

 

Institut Teh Antarabangsa

Institut teh utama kami terletak di Spring City dalam Wilayah Kunming dan kami memiliki dua cawangan di Beijing dan Menghai. 

 

Kami mempunyai perancangan pada masa akan datang untuk menawarkan kursus-kursus tersebut di dalam bahasa Inggeris serta menubuhkan Institut Taetea antarabangsa.

 

Sila hubungi kami jika universiti, institut atau kumpulan anda berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang Teaism

bottom of page