top of page

Xishuangbanna, yang terletak di Selatan Yunnan di sepanjang Dataran Tinggi Tibet ialah tempat asal kelahiran teh dan Pu’er ialah genetik induk bagi kesemua jenis teh yang wujud.

 

Pohon Pu’er hanya boleh didapati di Yunnan dan pengkelasan ini telah dikuatkuasakan oleh undang-undang negara China.

 

Pu’er mesti mematuhi beberapa ciri untuk layak mendukung namanya.

 

  • Ianya mestilah berdaun lebar daripada pohon Arbor

  • Daunnya mesti dijemur di bawah matahari

  • Ia mesti melalui proses kematangan yang unik

  • Ia mesti berasal dari Yunnan

 

Cuaca, jenis tanah dan persekitaran Yunnan mempengaruhi keistimewaan ciri dan rasa Pu’er, menjadikannya agak mustahil untuk menghasilkan semula teh ini di kawasan lain dan sememangnya ia adalah suatu produk dari Yunnan.

 

Teh maocha tertapai yang dihasilkan di Hunan dan Guangdong, di sepanjang sempadan Laos dan Vietnam, atau di kawasan lain di luar Yunnan tidak dapat menandingi keperluan kualiti yang disyaratkan dan oleh yang demikian ianya tidak dikelaskan sebagai Pu’er.

 

Pada tahun 2008, kerajaan China telah mengisytiharkan teh Pu’er sebagai “satu produk dengan petunjuk geografi”. Ini menghadkan penamaan teh Pu'er khusus bagi teh yang dihasilkan dalam kawasan tertentu di Wilayah Yunnan.

 

Antaranya daripada pilihan luas adunan halus maocha Yunnan, terdapat dua jenis Pu'er yang berbeza:

Pu’er Mentah & Pu’er Matang

bottom of page