top of page

Kebajikan harus dilaksanakan secara murni dan tanpa berlengah. ’Presiden Yayasan‘

 

Sejak penubuhan Kilang Teh Menghai pada tahun 1940, kumpulan kami telah menumpukan kepada usaha peningkatan taraf hidup rakyat, terutamanya kanak-kanak di kawasan luar bandar Wilayah Yunnan.

 

Pada tahun 2007 kami telah menubuhkan Yayasan Amal Taetea Yunnan.

 

Yayasan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di China; dibiayai daripada sumbangan bebas pihak swasta dari dalam industri teh domestik China, iaitu Kilang Teh Menghai. Pada tahun 2013, Yayasan kami telah dianugerahkan status AAAAA oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Yunnan.

 

Yayasan kami bermatlamat untuk menawarkan bantuan dan sokongan kepada rakyat dan masyarakat yang kurang bernasib baik

Program Yayasan Taetea:

Membantu daripada segi kewangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menamatkan pendidikan formal mereka menerusi bantuan, anugerah kewangan serta program-program biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang

 

Bantuan subsidi untuk melatih para guru di kawasan-kawasan luar bandar yang agak ketinggalan daripada segi kewangan

 

Memberikan bantuan atau meningkatkan taraf infrastruktur awam bagi masyarakat luar bandar yang dilanda kemiskinan. Dengan menumpukan kepada:

 

Perubatan – Pendidikan – Kebersihan – Kebudayaan

 

Dana Kami:

Modal Berdaftar: 5 Juta RMB

Sumbangan Permulaan Kilang Teh Menghai: 14 Juta RMB

Sumbangan Tetap: Kilang Teh Menghai mendermakan 2.3%

daripada pendapatan jualan tahunannya.

 

Inisiatif Kutipan Dana: 

Kafilah Berkuda Tibet 2005 (2005 Tibetan Horse Caravan)

Perjalanan Jauh Saya 2006 (2006 My Long March)

Musim Bunga Penyayang 2010 (2010 Loving Heart Spring)

 

Sumbangan:

Yayasan kami menerima sumbangan daripada syarikat perniagaan atau individu perseorangan.

 

Sila hubungi kami bagi sebarang pertanyaan berkenaan pemberian sumbangan.

 

Sekolah Harapan Taetea

Semenjak tahun 2005, Yayasan Taetea, hasil usahasama dengan Yayasan Pembangunan Belia Yunnan dan China, telah menyumbangkan sebanyak 20 Juta RMB untuk melancarkan pelbagai inisiatif untuk para belia yang kurang bernasib baik di bawah panji-panji Kempen Harapan.

 

Menjelang akhir tahun 2011, Yayasan Taetea telah memberi bantuan dalam:

-  Pembinaan 40 Sekolah Rendah Harapan (Hope Primary Schools) di seluruh

   negara – ini memberikan faedah kepada lebih daripada 20,000 orang kanak-

   kanak; menyediakan bilik darjah yang luas serta dilengkapi dengan kemudahan

   yang baik, dengan tumpuan khusus kepada kelengkapan perkakasan dan

   perisian komputer.

 

-  Pelancaran dan pengendalian kelas latihan perguruan secara berkala untuk

    memastikan masyarakat guru dari luar bandar memperolehi kaedah

    pangajaran dan maklumat yang terkini. 

 

-   Penubuhan Sistem Jalinan Ria (Happy Alliance System) untuk Sekolah-sekolah

    Rendah Harapan (Hope Primary Schools) di Yunnan bagi meningkatkan jalinan

    komunikasi antara sekolah-sekolah berkenaan

 

-   Memperuntuk serta menyediakan kemudahan perpustakaan untuk 18 buah

     Sekolah Rendah Harapan

 

-   Pembinaan padang-padang sukan untuk 7 buah Sekolah Rendah Harapan

 

-   Penubuhan dan penyediaan kelengkapan kumpulan gendang untuk  5 buah

    Sekolah Rendah Harapan

 

-   Pembinaan bilik komputer yang serba lengkap untuk 2 buah Sekolah Rendah

    Harapan

 

-   Pembinaan dan penyediaan kelengkapan bilik multimedia untuk 5 buah

     Sekolah Rendah Harapan

 

Selain Itu Taetea Telah:

 

Mengasaskan 'Biasiswa Taetea' (Taetea Scholarship) dalam 15 buah universiti di seluruh China – menganugerahkan dan membantu ribuan pelajar yang cemerlang tetapi kurang bernasib baik dari segi kewangan untuk melanjutkan pengajian ke pendidikan peringkat ketiga

 

Membina 12 buah restoran teh di universiti-universiti sekitar Yunnan – restoran-restoran teh ini menyediakan platform kepada para pelajar yang berminat untuk memupuk pengetahuan tentang teh dan memberikan mereka latihan amali dalam perniagaan teh jika mereka berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang teh.

 

Ia juga menawarkan kepada para pelajar peluang untuk mensubsidikan kos pengajian menerusi pekerjaan dalam restoran teh berkenaan

 

Pada bulan Oktober 2009, Yayasan Pembangunan Belia Yunnan dan China dan Liga Belia Komunis telah menganugerahkan Encik Wu Yuanzhi, Pengerusi Taetea, 'Anugerah Sumbangan Khas' (Special Contribution Award) sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif 'Projek Harapan 20 Tahun' (20 Years’ Hope Project) beliau.

bottom of page