‘Teh Dari Puncak Dunia’ 

‘Penanam Teh Yang Pertama Di Dunia’ 

‘Daun adalah jasadnya tetapi air merupakan jiwanya.’   Pepatah Teh Cina Purba

 

Teh kami ditanam di dalam taman Pu’er yang terbaik di dunia – Enam Gunung Teh Terkenal Baharu berlokasi di Menghai, di selatan Sungai Mekong, Xishuangbanna.

 

Dalam bahasa tempatan purba Dai, Xishuangbanna dikenali sebagai ‘Utopia Yang Menakjubkan’, dengan keseimbangan cahaya matahari dan hujan yang ideal sepanjang tahun.

 

Hutan Pu’er kami di selatan Yunnan didiami oleh lebih daripada 7000 pokok dan tumbuh-tumbuhan yang subur dalam sistem ekologi seimbang. Nutrien daripada tumbuhan liar ini membekalkan sumber keperluan kepada pokok-pokok teh berdaun lebar Pu'er.

 

Dua pergunungan teh kami, Bada dan Bulan, mempunyai lebih daripada 16 kilometer persegi atau 4000 ekar ladang penanaman teh Pu’er utama pada tahap ketinggian yang optimum; antara 1700 – 1800 meter (5600 – 6000 kaki) di atas paras laut. Ini bermakna yang teh Pu’er kami biasanya tumbuh subur di ‘Lautan Awan’.

 

Hanya pada tahap ketinggian ini, dengan keadaan persekitaran yang optimum, serta tanah di kawasan hutan hujan sub-tropika yang subur ini, anda menemui cerun yang sesuai untuk menghasilkan keunikan rasa teh Taetea yang tersendiri.

 

Untuk Pu’er yang sempurna:

Rasa – Aroma – Tekstur – Warna - Daun dan Kualiti

Ia haruslah Menghai, ia semestinya Taetea.

 

Penanam Teh Kami

Para penanam teh Pu’er Taetea adalah masyarakat pribumi Menghai di kawasan selatan tropika Yunnan dan mereka telah berkecimpung dalam bidang penanaman Pu'er semenjak dari zaman penemuan teh.

 

Pakar teh kami bekerjasama erat dengan para petani; menyeimbangkan penggunaan kaedah tanaman dan teknologi canggih dengan pengetahuan dan kaedah kuno yang diwarisi turun temurun daripada generasi penanam teh di Menghai.

 

Setiap musim Teh, Kilang Teh Menghai menetapkan piawaian bagi kuota dan kualiti. Manusia mendatangkan bahaya yang besar kepada kelangsungan hidup pokok teh besar Yunnan ini. Bilangan penduduk Selatan Yunnan dan wilayah Xishuangbanna berkembang pesat dan pembangunan yang terhasil daripadanya, tidak semuanya mengikut peraturan, menyebabkan kawasan perhutanan purba ini mengalami risiko yang serius.

Lebih daripada seribu orang bekerja bersama di kawasan pergunungan tersebut untuk memenuhi permintaan bagi teh Pu’er Taetea yang semakin meningkat. Terdapat lebih daripada 360 buah keluarga mendiami kawasan pergunungan Bada dan Bulan. Mereka turut disertai oleh ratusan petani dan pakar-pakar teh Pu’er dari kampung-kampung sekitarnya, di mana sebilangan besarnya terdiri daripada orang etnik Bulan, Lahu dan Dai yang membentuk kaum minoriti tempatan.

 

Daun-daun teh Pu'er dipetik dengan tangan, kemudian diolah dan melalui proses pengeringan di bawah cahaya matahari dalam dulang anyaman buluh. Setiap petani membawa hasilnya ke Kilang Teh dan pakar teh kami akan membuat secawan Pu’er segar daripadanya.

 

Jika beliau berpuas hati dengan rasa dan aroma yang diperolehi, maka kelompok itu akan melalui satu siri ujian oleh pakar-pakar kami bagi memastikan yang ianya memenuhi piawaian yang Taetea tetapkan.

 

Hanya selepas saringan ini kami boleh menerima daun-daun berkenaan dan memulakan proses rumit yang memakan masa bagi menghasilkan Pu'er yang terbaik.

 

Telaga Yi Yuan  一源井   ‘Telaga Sumber Air Asli’

Di bumi Pu’er menurut ceritanya, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi rasa unik Taetea kerana kami menggunakan air daripada ‘Telaga Sumber Air Asli’.

 

Berjalan masuk ke dalam Kilang Teh Menghai dan tiga gerbang batu yang menandakan kedudukan Telaga Yi Yuan adalah pemandangan pertama yang anda dapat lihat. Dengan peningkatan populariti teh Pu’er di seluruh China dan serata dunia, ianya menjadi semakin sukar untuk memperolehi kuantiti air berkualiti yang perlu untuk menghasilkan teh Pu'er yang terbaik.

 

Kami telah menggali banyak telaga di sekitar rantau ini tetapi kualiti dan kuantiti air yang diperolehi selalunya tidak sesuai.

 

Pada suatu hari, seorang lelaki sedang berjalan kaki di perkarangan Kilang Teh Menghai. Beliau memperhatikan baka rumput tempatan yang tumbuh padat dan subur betul-betul di luar Bengkel Teh Mampat.

 

 

Telaga ini mengambil masa tiga kali lebih lama untuk digali berbanding telaga lain kerana ianya mengandungi air yang banyak.

 

Apabila kami akhirnya sampai kepada sumber air pada takat 10 meter (32.8 kaki), airnya amat bersih sehingga anda boleh nampak pasir putih di bahagian dasarnya.

Kualiti airnya sangat bermutu; jernih dan sangat bersih.

 

Kami renjiskan air ini pada daun-daun teh ketika proses penapaian longgokan dan air inilah yang memberikan kita rasa kesan kemanisan tipis berlarutan yang membuatkan teh Pu'er Taetea begitu terkenal.

 

Untuk maklumat terperinci tentang tradisi penanaman, pemprosesan dan penyimpanan Taetea, sila tinjau: OTA