top of page

Tugas utamanya ialah untuk menapis darah, menyimpan vitamin, bahan mineral dan gula yang berlebihan, menyerap nutrien, mengawal jangkitan dan menghasilkan enzim yang perlu bagi proses penghadaman.

 

Hati bertanggungjawab memproses hampir kesemua aktiviti penting yang kita lakukan seperti makan, minum, bernafas atau menelan.

 

Apabila ianya berfungsi dengan baik, ia bukan sahaja membersihkan kesan buruk selepas pengambilan alkohol, malah menyingkirkan lemak dan bahan pengawet yang tidak diingini daripada makanan yang kita makan, membersihkan bahan cemar daripada udara yang kita sedut, dan sisa bahan kimia daripada  dadah dan ubat-ubatan yang kita gunakan.

 

Kesihatan & Kesejahteraan

Salah satu kesan sampingan paling berbahaya dalam kehidupan dunia moden yang serba pantas ini ialah kita semakin terdedah kepada peningkatan toksin dan racun setiap hari yang boleh memudaratkan kesihatan hati.

 

Bahkan, fungsi hati yang paling asas, seperti membersihkan tubuh kita daripada sisa racun ammonia, yang merupakan sisa buangan terhasil secara semulajadi daripada sistem pencernaan manusia, amat penting kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh kita.

  

Ia boleh memudaratkan tubuh kita jika kecekapan sistem ini terganggu. Hati yang tidak sihat memberikan kesan yang negatif kepada hampir semua sistem yang terdapat di dalam tubuh manusia.

 

Pembersih Hati Yang Terbaik

Kegagalan sistem hati berfungsi boleh membawa kepada strok, lebam, penyakit kuning, loya, keletihan, sakit perut, pendarahan dalaman, kerosakan otak, koma, dan kematian.

 

Amalan peminuman teh Pu’er membolehkan hati berfungsi seperti yang sepatutnya. Sama ada anda sertakannya sebagai pelengkap kepada gaya hidup sihat atau untuk membantu membanteras kesan sampingan selepas menghadap hidangan mengikut nafsu, manfaatnya amat ketara.

 

Semua sistem dan organ tubuh berfungsi pada tahap terbaik apabila badan dibersihkan daripada sisa toksin dan racun secara berkesan.

 

Kesimpulannya, hati yang sihat bermakna kesihatan diri yang baik secara keseluruhannya dan teh Pu'er ialah pembersih hati yang amat mujarab. 

Pu’er meningkatkan kecekapan hati anda untuk kesihatan & kesejahteraan diri yang lebih baik.

 

Mungkin kualiti teh Pu'er yang paling ketara adalah kesan positif yang berkuasa untuk hati anda.

 

Hati adalah organ yang terbesar dan yang paling penting dalam tubuh manusia. Namun, ramai memandang rendah peranan penting yang dimainkannya dalam pemeliharaan kesihatan

 

Nutrien Optimum

Organ hati bertanggungjawab membekalkan nutrien yang optimum kepada semua 50 trilion sel di dalam tubuh, dan ia melaksanakan lebih daripada 500 fungsi yang dikenalpasti untuk mengawal metabolisma sel.

 

 

bottom of page