top of page

Pu’er secara harafiahnya menyingkirkan lemak yang tidak diingini dalam badan.

 

Pu’er menyeimbangkan paras gula dalam darah anda.

 

Pu’er memberikan kembali keseimbangan yang diri anda perlukan.

 

Teh Pu’er membantu menurunkan berat badan dalam beberapa cara yang berbeza.

 

 

Pu’er adalah bebas kalori serta meningkatkan peredaran darah dan metabolisma. Dengan menggantikan kopi di waktu pagi atau minuman ringan makan tengah hari dengan teh Pu'er, anda mengurangkan pengambilan kalori serta meningkatkan pembakaran tenaga.

 

Merangsang Metabolisma

Kafein yang terkandung dalam Pu’er merangsang metabolisma, meningkatkan daya ingatan, dan memperbaiki kecerdasan dan pertimbangan.

 

Namun demikian, Pu’er tidak pernah menyebabkan masalah ‘peningkatan atau penurunan yang drastik pada kadar kafein/gula darah’ atau gejala gelisah yang dirasai selepas meminum kopi atau minuman ringan, yang sering menimbulkan keinginan untuk mendapatkan makanan yang berkalori tinggi sebagai kaedah ‘pemulihan’.

 

Peningkatan Tenaga

Ini adalah kerana Pu’er mengandungi  theanine yang bertindak sebagai pengimbang. Theanine ialah asid amino penting dalam teh yang memberikan rasa serta kesan ketenangan dengan mencetuskan gelombang alfa di dalam otak manusia.

 

Ini memastikan yang peningkatan tenaga serta tahap kecerdasan adalah berterusan.

 

Penyingkiran Lemak Daripada Tubuh

Pu’er secara uniknya berupaya meningkatkan kadar memetabolismekan lemak oleh tubuh anda.

 

Pu'er mengandungi polifenol yang membantu penghadaman lemak agar ia dipecahkan dan disingkirkan dari badan dan bukannya tersimpan.

 

Pengekalan Berat Badan

Pu’er turut mengandungi unsur-unsur yang boleh berangkaian dengan molekul-molekul kolesterol dan mencegah penyerapannya ke dalam tubuh.

 

Para pakar di Universiti Fukuoka, Jepun telah mengesahkan dalam kajian saintifik bahawa teh Pu'er menghalang penyerapan lemak dan menyekat penghasilan enzim yang menukarkan nutrien menjadi lemak di dalam hati. Peserta ujikaji yang meminum Pu'er bukan sahaja kehilangan lebih banyak berat badan, tetapi turut mengekalkan penurunan berat badan selepas ujian selesai dijalankan.

 

Teh Mencegah Penyakit Diabetes

"Teh Pu'er memberikan kesan serta-merta untuk menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah jadi ianya amat efektif bertindak membantu pencernaan, selepas pengambilan makanan manis, berperisa dan berlemak."

 

Keseimbangan gula dalam darah menjadi asas utama dalam pencegahan penyakit kencing manis, yang pada dasarnya adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gula dalam darah turun naik berubah-ubah ke tahap berbahaya.

 

Mengekalkan Berat Badan

Jika pengambilannya diamalkan, Pu’er mencegah penghasilan enzim yang mencetuskan penyakit diabetes.

 

Keseimbangan gula dalam darah juga penting bagi mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Juga, berat badan yang berlebihan adalah salah satu faktor risiko utama yang mencetus penyakit diabetes.

 

Jadi dengan menggalakkan penurunan berat badan serta mengekalkan kestabilan berat badan, Pu'er mengurangkan risiko kencing manis di semua peringkat.

 

Menyeimbangi Semula Tubuh

Pu’er menyeimbangkan semula kadar gula, enzim, lemak, vitamin dan mineral dari peringkat sistem tubuh hinggalah ke peringkat sel. Atas alasan ini, Pu’er adalah pelengkap yang ideal untuk mengimbangi semula atau memperbaiki tabiat kesihatan anda.

 

Menghentikan Ketagihan

Para peminum Pu’er mendapati bahawa keinginan mereka untuk menikmati kopi, wain atau coklat hilang begitu sahaja apabila digantikan dengan hidangan teh Pu’er.

 

Dan setiap kali anda meminumnya, anda meningkatkan mood ceria kerana anda sedar yang anda melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri.

bottom of page