• Apakah Pu'er

  • Rakan Usahasama Global

  • Perihal Taetea

  • Ruang Berita & Galeri Foto

  • Produk

  • Hubungi Kami

  • More

    Memperlahankan Proses Penuaan Badan     Melindungi Jantung     Meningkatkan Tenaga & Mood     

    Menyahtoksin Hati       Membantu Pencernaaan      Merencat Perkembangan Kanser     Membantu Peredaran Darah 

    Badan Sihat = Minda Sihat = Planet Sihat       Menurunkan Berat Badan.

    Pu'er adalah tonik keremajaan yang paling mujarab di antara kesemua teh yang wujud.

     

    Amalan meminum teh Pu’er setiap hari membantu anda mengekalkan kesihatan dan kecantikan, luaran dan dalaman.

     

    Punca utama proses penuaan ketara adalah proses pengoksidaan dan pembentukan radikal bebas dalam sel-sel tubuh.

    Penampilan Sihat dan Awet Muda

    Bahan antioksidan yang didapati dalam diet kita membantu menyekat proses ini untuk mengekalkan penampilan sihat dan awet muda.

     

    Tetapi kebanyakan daripada kita makan makanan yang diproses serta dipek dan tidak memperolehi kesemua bahan antioksidan yang memanfaatkan kita.

     

    Vitamin A, C, dan E adalah antara beberapa antioksidan yang dikenali umum, tetapi sejenis bahan yang dipanggil catechin yang terdapat dalam teh adalah bahan antioksidan yang 18 kali lebih berkuasa berbanding vitamin E.

     

    Melindungi Sel Fibroblas

    Catechin mempunyai keupayaan untuk menggendalakan aktiviti radikal bebas yang tidak hanya menyebabkan proses penuaan badan tetapi juga masalah kanser.

     

    Teh Pu'er juga aktif melindungi sel-sel fibroblas manusia (tisu penghubung) daripada kerosakan.

     

    Kombinasi Optimum

    Maocha Arbor yang unik berdaun lebar dari Yunnan yang digunakan untuk membuat Pu’er mengandungi lebih banyak catechin berbanding teh kategori lain. Serta, cara Pu'er diproses menggandakan paras Vitamin C yang dikandunginya.

     

    Kombinasi optimum nutrien dan antioksidan ini memerangi proses penuaan badan, menguatkan sistem imun, dan menggalakkan jangka hayat yang panjang, menjadikan Pu'er satu tonik keremajaan yang paling mujarab berbanding teh lain

    < Khasiat Pu'er untuk Anda

    © 2015 TAETEA 

    • Wix Facebook page

    Laman Utama

    Ke atas