top of page

Pu'er Membersihkan Saluran Arteri Anda

 

Pu'er juga terkenal kerana kemujarabannya memperbaiki peredaran darah dengan mencegah pembentukan plak dan lemak dalam arteri.

 

Plak dan lemak menyebabkan arteri anda menjadi sempit dan mengeras, yang menyebabkan pelbagai penyakit vaskular seperti angina, serangan jantung, strok, dan kerosakan tisu (apabila bahagian-bahagian tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi).

 

 

Membersihkan Arteri & Melancarkan Peredaran Darah

Mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit vaskular termasuklah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini, lelaki, perokok, pesakit kencing manis, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau berkolesterol tinggi, dan mereka yang mengalami tekanan atau kurang bersenam.

 

Ramai di antara kita mempunyai gabungan faktor-faktor ini, itulah sebabnya penyakit vaskular masih merupakan punca utama kematian yang paling lazim di dunia pada hari ini.

 

Membersihkan Arteri, Melancarkan Peredaran Darah

Pu'er membantu memerangi bahaya penyakit vaskular secara langsung dengan cara membersihkan arteri dan meningkatkan peredaran darah, dan secara tidak langsung menangani risiko sampingan seperti penyakit kencing manis, berat badan yang berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan tinggi.

bottom of page