• Apakah Pu'er

  • Rakan Usahasama Global

  • Perihal Taetea

  • Ruang Berita & Galeri Foto

  • Produk

  • Hubungi Kami

  • More

    Memperlahankan Proses Penuaan Badan     Melindungi Jantung     Meningkatkan Tenaga & Mood     

    Menyahtoksin Hati       Membantu Pencernaaan      Merencat Perkembangan Kanser     Membantu Peredaran Darah 

    Badan Sihat = Minda Sihat = Planet Sihat       Menurunkan Berat Badan.

    Mencegah Masalah Penghadaman

    Teh Pu'er membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berkaitan penghadaman, daripada masalah senak, pedih hulu hati, sembelit, dan Sindrom Usus Mudah Rengsa (Irritable Bowel Syndrome, IBS), hinggalah kepada kanser usus dan kanser perut.

     

    Tahap bendalir yang cukup adalah penting untuk sistem penghadaman yang sihat. Dengan hanya menggantikan minuman (diuretik) seperti kopi, teh hitam, kola atau alkohol kepada teh Pu'er, anda membantu tubuh untuk mencerna makanan dan mengusir sisa buangan dan toksin secara lebih berkesan.

     

    Kekalkan Kelancaran Sistem Penghadaman Anda

    Teh Pu'er juga merangsang rembesan jus gastrik yang menjana sistem penghadaman dan memastikan ianya kekal lancar.

     

    Dengan menyeimbangkan semula enzim hati dan membantu memecah dan menghapuskan lemak dan toksin yang berlebihan, meminum teh Pu'er mengurangkan beban tambahan kepada usus dan perut yang disebabkan oleh makanan yang berlemak dan gaya hidup sedentari (duduk tanpa sebarang aktiviti fizikal/tidak aktif).

    Pu’er Menyingkirkan Sisa Buangan & Toksin Tubuh

     

    Di China, Pu’er terkenal kerana ciri-ciri perubatannya dan terutama kerana keupayaannya untuk membantu sistem penghadaman anda; para penggemar Pu’er mengamalkan peminuman Pu’er dua puluh minit selepas setiap hidangan makanan.

     

    Memang diketahui umum bahawa masalah penghadaman yang lemah kadangkala menyebabkan ketidakselesaan yang teruk, sekali-sekala memalukan, dan boleh menjejaskan mood, prestasi di tempat kerja, dan keupayaan untuk menikmati kehidupan harian.

     

     

    < Khasiat Pu'er untuk Anda

    © 2015 TAETEA 

    • Wix Facebook page

    Laman Utama

    Ke atas