top of page

Pu’er menangani punca daripada akar umbi penyakit untuk menyeimbangkan tubuh & minda anda

 

Teh Pu'er Taetea adalah teh yang mengembalikan keseimbangan dan menyegarkan tubuh serta penuh dengan kebaikan untuk kesihatan minda/badan sepenuhnya; kaedah pemulihan yang ideal untuk memerangi tekanan fizikal dan mental yang dihadapi dalam kehidupan moden setiap hari.

 

 

Menyeimbangkan Tubuh & Minda

Sementara perubatan Barat menumpukan sebahagian besar usahanya kepada kelegaan simptom, pakar perubatan Cina purba dan Perubatan Tradisional Cina (TCM) yang arif pula sentiasa menumpukan kepada  kesihatan secara holistik; tubuh dan minda yang seimbang.

 

Akar umbi punca penyakit dicari dan dirawati, dan bukannya melindungi simptom melalui penggunaan ubat penahan sakit.

 

Menambah Tenaga, Meningkatkan Keyakinan

Di Taetea, hubungkait di antara kesejahteraan fizikal dan mental diketahui dan difahami sepenuhnya.

 

Selain daripada menikmati manfaat yang Pu'er tawarkan dari segi fizikal, pengamal Pu'er juga melaporkan peningkatan tenaga, kecergasan dan motivasi, mood yang lebih tenang, ceria dan seimbang, tahap kreativiti dan keyakinan yang lebih tinggi serta daya tumpuan yang lebih baik.

 

bottom of page