‘Taetea – Lebih 70 tahun menghasilkan Pu’er berkualiti’

‘Khazanah Teh’

 

Kualiti

Pu’er ialah teh berkhasiat yang lazat penuh dengan chi teh atau tenaga dan Pu'er yang berkualiti boleh membuatkan anda berasa hebat.

 

Orang Cina mengenali Pu'er yang berkualiti ketika mereka menikmatinya. Pu'er kami menjadi pilihan jutaan pelanggan yang amat berpuas hati dan telah menjadikan Taetea sebagai Pu'er kegemaran negara China selama lebih daripada 70 tahun.

 

Pakar teh kami, yang telah berkecimpung dalam budaya Pu'er selama berabad-abad, menggunakan pengalaman dan kecekapan deria mereka untuk memastikan yang anda sentiasa memperolehi teh Pu'er Taetea yang sempurna dalam setiap cawan.

 

Lihat ...    Lihat bila daun-daun sedia untuk dipetik

Dengar... Dengar dan tahu bila daun-daun telah dipanggang dengan seimbang

Sentuh ...Gosok dan pintal daun-daun teh dengan lembut untuk membebaskan rasa teh

Bau...      Hidu aroma yang menyegarkan selepas merendam daun-daun

Rasa...     Kualiti sebenar Pu’er hanya akan diketahui ketika teh tersebut dinikmati

 

Rasa

Perisa dan kelunakan Pu’er mengingatkan kita kepada kawasan ianya ditanam dan tempat ianya dikeringkan – pepohon buluh, bunga-bungaan, bijian dan rempah ratus membangkit rasa dalam setiap hirupan.

 

Pu’er ialah teh lembut enak berperisa dengan sedikit kesan rasa manis selepas diminum. Rasa dan aroma Pu'er bak helaan nyaman udara segar hutan pain di musim bunga selepas waktu hujan lebat.

 

 

 

Kesemua Pu'er Taetea mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan pakar teh kami memanfaatkan deria rasa, hidu, lihat dan sentuh mereka yang cekap untuk mengharmonikan perisa Pu'er yang berbeza dan menjamin bahawa perisa Pu'er yang anda gemari ialah perisa yang bakal anda perolehi dalam setiap bancuhan, setiap masa. 

Ia boleh mengambil masa untuk menjiwai perisa teh Pu'er yang eksotik sepertimana lama masa yang diambil untuk belajar menggemari wain yang berkualiti.

Tetapi, dalam banyak cara, menerangkan tentang rasa Pu'er adalah seperti cubaan menerangkan tentang warna 'hijau'. Hijau amat berbeza daripada warna lain serta ianya memiliki pelbagai kontras sepertimana kepelbagaian perisa yang Pu'er miliki.

 

Dan bagi Pu'er, kepelbagaian perisa menjadikannya paling eksotik di kalangan kelompok teh. Anda perlu mencubanya untuk menikmati himpunan perisa dari pergunungan subur di Yunnan.

Untuk menikmati Pu'er yang terbaik, anda perlu membeli yang paling berkualiti. Taetea dan Kilang Teh Menghai telah menghasilkan Pu'er terbaik di dunia selama lebih daripada 70 tahun.

 

Teh Connoisseur

Di China, Pu’er kerap dirujuk sebagai teh connoisseur.

 

Dunia Pu'er menghimpunkan pengalaman rasa baharu seperti yang tidak pernah anda rasai seumur hidup. Ramai penggemar teh menganggap Pu'er berperisa manis, berempah, pahit, dan beraroma tanah yang lembut dan elegan paling seimbang.

 

Setiap teh Pu’er yang anda cuba akan memberikan paduan rasa yang berbeza untuk dinikmati dan bergantung kepada tahun, musim dan adunannya, setiap teh Pu'er Taetea akan mendedahkan nuansa peribadinya yang tersendiri; daripada berperisa kayu-kayuan dan bunga-bungaan hinggalah ke rasa salaian dan berkacang.

Sememangnya, setiap cawan teh adalah amat unik.

Para penggemar teh di China teruja untuk merasai teh mereka dalam tiga tahap atau peringkat rasa:

  • Kemanisan – Dapat dirasai di hujung lidah

  • Ketajaman  – Dikenalpasti oleh bahagian tengah lidah

  • Kepahitan   – Dapat dirasai pada bahagian belakang lidah

 

Teknik mudah berikut boleh diamalkan untuk menikmati Pu'er Taetea anda sepenuhnya:

1.        Hembuskan nafas

2.        Hirup Pu’er anda

3.        Biarkan teh tersebut di dalam mulut sementara anda perlahan-lahan menarik nafas      

           menerusi hidung

4.        Kemudian, telanlah teh tersebut

5.        Hembuskan nafas

6.        Saluran rongga nasal anda akan dipenuhi aromanya yang kaya

 

Memahami kepelbagaian kualiti yang berbeza dalam himpunan Pu'er yang beraneka serta pelbagai aspek penyediaan dan cara meminum teh adalah penting.

Soalan-soalan seperti:

 

Yang manakah merupakan tembikar teh terbaik?

Atau, berapa lama harus saya rendamkan daun teh tersebut?

 

Adalah amat penting untuk menikmati perisa, aroma dan kualiti lain yang terbaik bagi teh Pu'er Taetea.  Namun, kami percaya bahawa langkah pertama untuk menjadi connoisseur teh adalah menerusi minda.

 

Meluangkan masa untuk menghargai setiap saat dalam proses meminum teh adalah amalan terbaik untuk menghargai setiap saat kehidupan anda.

 

Kaitan antara teh dan kehidupan bukanlah setakat sederetan pengalaman. Kita boleh pilih sama ada untuk menjalani kehidupan yang berkisar kepada detik-detik rancak ala ‘Hollywood’  – tamat pengajian, perkahwinan, kelahiran anak-anak – atau kita boleh menyerikannya dengan menikmati sejuta pengalaman indah setiap hari. 

© 2015 TAETEA 

  • Wix Facebook page