top of page

“Sejarah Pu’er adalah sejarah China.” pepatah Lama Yunnan

 

Lebih daripada 1,700 tahun yang lalu, kelompok kecil hasil Pu’er telah dijual ke Tibet. Ianya secara pantas menjadi keperluan harian kepada orang Tibet sebagai pelengkap untuk diet asas mereka yang terdiri daripada daging dan keju.

 

Pepatah Tibet:

“Hidup tanpa makanan selama tiga hari adalah lebih baik daripada hidup tanpa teh [Pu’er] selama sehari.”

 

Yunnan mempunyai bentuk muka bumi bergunung-ganang dan bercerun-curam yang bermakna Pu'er telah diangkut dengan cara mengikatnya pada kuda dan ianya boleh mengambil masa berbulan-bulan sebelum sampai ke destinansi.

 

Ini merupakan titik permulaan Laluan Teh-Kuda Purba dan ketika dalam perjalanan yang mengambil masa ini, Pu'er akan menapai secara semulajadi.

 

Orang menggemari rasanya yang sedap dan berperisa serta aromanya yang semerbak harum, maka lahirlah Pu'er yang kita kenali hari ini.

 

 

Selama berkurun-kurun Pu’er menjadi bahan perdagangan penting dalam sejarah Asia dan luar:

 

Selama lebih daripada seribu tahun, Pu'er yang bermutu telah ditawarkan kepada Maharaja China sebagai Teh Ufti.

 

Tentera Maharaja China berdagang teh Pu'er dalam bentuk bata dengan pihak Genghis Khan dan orang Tibet bagi mendapatkan kuda mereka yang gagah.

 

Para pedagang telah menggunakan Pu'er dalam bentuk bata sebagai wang di negara China, Mongolia, Tibet dan Rusia.

 

Malah, Pu’er turut terkenal di kalangan orang-orang asli di utara Kanada yang telah berdagang merentasi Selat Bering.

 

Ianya sangat dihargai oleh Dinasti Tang, dan hari ini Pu'er yang terbaik dijual dalam lelongan lebih tinggi harganya daripada harga emas bagi setiap auns.

bottom of page