top of page

‘Pu’er Anda, Cara Anda’

 

Cara Penyediaan Taetea:

1. Isikan teko atau bekas lain dengan air panas sehingga 1/4 atau 1/5 bahagian. Kami cadangkan agar anda gunakan teko kecil yang

    sesuai untuk beberapa bancuhan kecil.

 

2. Menyedarkan teh (Rendaman pertama daun teh): Rendam daun teh berkenaan di dalam air yang mendidih selama 10 saat,

    kemudian buangkan air rendaman tersebut.

 

3. Rendamkan daun teh sekali lagi dengan air mendidih baharu untuk selama lima saat dan tuangkan air bancuhan kedua ini ke

    dalam cawan anda untuk menikmati teh Pu'er Taetea yang sempurna.

 

4. Untuk bancuhan yang seterusnya, tempoh rendaman daun adalah bergantung kepada citarasa yang anda ingini – lebih lama anda

    merendamnya, lebih pekat hasilnya.

 

5. Oleh kerana teh Pu’er keluaran Taetea amat berkualiti, ianya boleh direndam berulang kali, sehingga sebanyak 10 kali. Hanya

    tambahkan air mendidih baharu, dan nikmati sensasi rasa yang berbeza-beza bagi setiap bancuhan.

 

6. Ikuti kaedah bancuhan seperti yang dinyatakan untuk menikmati keunggulan kualiti dan rasa Pu'er Taetea.

 

Pu’er adalah teh yang paling serba guna – anda boleh merendamnya untuk tempoh 30 saat atau selama 30 minit, hanya sesuaikannya dengan citarasa anda. Pu’er jarang menjadi pahit dan anda boleh minumnya berulang kali...nikmatilah.

 

Cadangan Hidangan Lain

Pu’er, seperti minuman teh lain di Asia, dinikmati dengan menambahkan air kepadanya. Para penggemar Pu’er menyatakan bahawa teh ini terbaik dinikmati mengikut kaedah tradisional berkenaan.

 

Walau bagaimanapun, ramai pengamal Pu’er generasi baharu gemar menyelitkan sedikit kelainan dalam teh bancuhan mereka.

 

Dari masa ke semasa, kami mendengar terdapat pelbagai cara baharu untuk menikmati Pu’er:

Masyarakat Kantonis yang menetap di California sering menambah bunga Osmanthus kering, kulit limau bali, atau bunga Kekwa ke dalam teko, untuk menyerlahkan kelembutan dan haruman segar Pu’er.

 

Anda juga boleh rendamkan buah Goji bersama Pu’er, atau letakkan halia atau buah lemon untuk memberikan kelebihan rasa dan membantu peredaran darah.

 

Masyarakat Tibet menikmati Pu’er dengan susu atau mentega yang diperbuat daripada yak, malah, jika ditambahkan satu sudu madu ke dalam Pu’er anda, ianya berkesan sebagai ubat yang mujarab bagi demam selsema.

 

Etnik minoriti Hani yang merupakan golongan penanam Pu’er suka mencampurkan teh mereka dengan wain arak beras (sama seperti wiski moonshine atau poitin dari Ireland).

 

Sama ada anda menikmati teh Pu'er mengikut kaedah tradisional Asia, atau ingin mencuba kaedah yang dinyatakan di atas, atau menyediakan bancuhan Pu’er anda yang tersendiri, Pu'er Taetea tetap mengekalkan rasanya yang lazat dan kelebihan uniknya menyeimbangkan semula kesihatan. 

bottom of page