top of page

Teh Hidup – Teh Untuk Kehidupan'

 

‘Teh Berdaun Lebar Tua Secara Semulajadi’

 

‘Pu'er Matang Kilang Teh Menghai – Asli & Terbaik’ 

 

Teh Pu’er ialah salah satu daripada enam kelas teh:

Hijau, Putih, Kuning, Hitam, Oolong & Pu’er

 

Pu'er adalah teh Cina yang paling luar biasa dan ia boleh mengambil masa yang agak lama untuk menghargai rasanya sepertimana orang mengambil masa yang agak lama untuk belajar menggemari  wain yang berkualiti.

Pu'er berasal daripada pokok teh Arbor purba berdaun lebar dan ia melalui proses penapaian khas agar ianya mempunyai sifat yang tersendiri.

 

Menerusi proses penapaian yang hebat, Pu’er mendapat rasanya yang menarik serta senarai panjang khasiatnya daripada pelbagai jenis bakteria, kulapuk dan kulat yang membiak subur dalam hutan tropika Menghai, di selatan Yunnan. Organisma ringkas ini ditransformasikan ketika proses penapaian Pu'er untuk menjadikannya teh China yang paling menarik dan eksotik.

 

 

Semua teh Pu’er diperbuat daripada maocha, teh hijau yang tidak teroksida daripada daun teh lebar pohon Arbor. Daunnya dilayukan, dipanggang, digulungkan dengan tangan, diuli dan dibiarkan kering di bawah matahari, diolah beberapa kali agar sama rata keringnya dan akhirnya digredkan.

 

Bagaimana kami mengadunkan maocha bergantung kepada jenis produk akhir bagi Pu’er berkenaan. Taetea mengadun tunas muda dan pucuk yang paling segar dengan daun lebar matang, pucuk pertengahan musim bunga dengan daun yang bersaiz sederhana berserta campuran daun petikan terbaik daripada pohon Arbor yang berusia 700 tahun yang digelar 'Raja Pokok Teh'.

 

Daripada pilihan luas adunan halus maocha kami, kami membuat dua jenis Pu'er yang berbeza:

Pu’er Mentah & Pu’er Matang

Pu’er Mentah

Pu’er Mentah juga dikenali sebagai 'sheng', tidak dimasak atau Pu’er hijau

 

5 Ciri Tersendiri Bagi Pu'er Mentah

  • Daun pokok teh Arbor yang tumbuh lebih tinggi daripada1700m (5577 kaki) di atas paras laut

  • Mempunyai banyak daun lebar dan tunas

  • Rasa manis yang tersendiri 

  • Usia bersesuaian

  • Mempunyai tenaga chi teh yang tinggi, tenaga positif daripada persekitarannya yang baik

 

Perbezaan Pu'er mentah yang paling ketara ialah ianya dimampatkan dan dibiarkan tua secara semula jadi untuk satu tempoh yang panjang. Ia tidak teroksida sebelum penapaian.

 

Menurut lagenda, Pu'er yang pertama ditemui lebih daripada seribu tahun yang lampau apabila bata maocha tertapai secara semulajadi ketika diikat pada kuda-kuda dalam perjalanan yang panjang dari Bandar Pu’er ke Tibet menerusi Laluan Teh-Kuda Purba.

 

Pu’er mentah mempunyai kelainan tersendiri yang diraikan dalam dunia teh. Adunan teh ini membangkitkan rasa Yunnan; cerunnya dan intipati tanah Menghai yang subur benar-benar terserlah dalam rasanya.

 

Berperisa kompleks, campuran kelembutan dan kemanisan dengan sedikit keharuman salaian dan kayu-kayuan. Aromanya berupa haruman nyaman tumbuh-tumbuhan dipetik dari hutan subur. Bancuhannya adalah air rebusan jernih, diwarnai kuning keemasan.

 

Pu’er mentah sememangnya menjadi rebutan para pengumpul atau penggemar teh, tetapi Taetea membariskan pelbagai pilihan Pu'er mentah untuk memenuhi setiap citarasa dan kemampuan.

 

Sifat Pu’er mentah yang penuh bertenaga adalah disebabkan oleh faktor kelembutan pada setiap peringkat prosesnya daripada pokok kami sehinggalah ke cawan anda.

 

Cerun unik Menghai – teknik pembuatan yang tepat – keadaan penyimpanan yang optimum dan kelebihan proses kematangan secara perlahan-lahan selama beberapa tahun, kesemua gabungan faktor ini memberikan Pu'er mentah kualiti dan rasanya yang tersendiri.

 

Mikrob aktif dalam teh, kelembapan semulajadi di selatan Yunnan dan transformasi secara perlahan-lahan mengurangkan rasa kelat daun muda tersebut. Kelunakan ini memberikan kita teh yang kaya berperisa dan mengekalkan rasa manis di mulut.

 

Pu’er mentah memiliki tahap tenaga chi teh yang paling tinggi. Pu’er mentah yang bermutu mempunyai simpanan tenaga positif yang tinggi terkandung dalam daunnya. Pu’er mentah vintaj mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpulkan tenaganya dan memberikan sepenuh nikmat dan ketenteraman kepada para penggemarnya.

 

Pu'er mentah yang berkualiti tinggi boleh disimpan selama lebih seratus tahun dan hari ini Pu'er yang bermutu boleh dijual dalam lelongan dengan harga ribuan dolar untuk setiap auns, berkali ganda mahalnya berbanding harga emas.

 

Pu’er Matang

Pu’er matang turut dikenali sebagai 'shou', dimasak atau Pu’er hitam.

 

Pada tahun 1973, Kilang Teh Menghai kami telah mencipta satu kaedah baharu untuk proses penapaian teh Pu’er.

Kaedah ini membolehkan Pu’er dihasilkan dalam masa hanya beberapa bulan berbanding tahun. Ia juga tidak melalui proses kematangan semulajadi yang serupa seperti Pu'er mentah.

 

Kaedah ini dikenali sebagai Penapaian Longgokan Buatan (Artificial Pile Fermentation) dan ia menghasilkan dunia baharu Pu'er. Kaedah ini memerlukan daun-daun teh tersebut dioksidakan sebelum proses penapaian.

 

Kemudian kami susunkan daun-daun maocha dalam bentuk lapisan dan percikan air dari Telaga Yi Yuan secara perlahan-lahan.

 

Akhirnya kami tutupkan daun-daun lembap berkenaan dengan kain rami.

 

Haba dan kelembapan dengan teliti diaplikasikan untuk mencontohi proses kematangan semulajadi.

 

Mikrob aktif berkenaan akan membiak sepertimana mereka dalam alam semulajadi, hanya dalam persekitaran yang optimum mereka berkembang biak.

 

Untuk selama 60-70 hari kami menyimpan daun dalam persekitaran ini dan kerap membalikkannya sementara haba dan kelembapan dipantau secara rapi.

 

Hasilnya ialah teh yang berwarna gelap, kemerah-merahan dengan rasa kemanisan tanah semulajadi yang ketara; kaya khasiat bak tanah lembap yang baru diungkap.

 

Aromanya menggambarkan lantai hutan selepas ditimpa hujan renyai dalam musim bunga. Dan air rebusannya berupa umber dibakar diwarnai rona jingga kemerah-merahan.

 

Selepas sesuatu tempoh di dalam bilik pengeringan, kami mampatkan Pu'er matang ke dalam bentuk bata, gasing, cakera atau apa sahaja bentuk yang dikehendaki.

 

Jika disimpan dengan betul, Pu'er Matang akan menjadi bertambah matang dan lebih lunak sehingga selama sepuluh tahun tetapi ianya boleh diminum sebaik sahaja selesai penapaian. 

 

Kami mematangkan teh Pu’er Matang kami di antara setahun hingga sepuluh tahun untuk membiarkan rasanya mendap dan penonjolan sifatnya.

 

Pu'er Matang adalah teh paling popular hari ini kerana ianya mempunyai rasa yang lebih seimbang, majoriti peminum Pu'er menggemarinya.

bottom of page