Siri Klasik kami turut merangkumi teh Pu'er yang paling popular di dunia. Jutaan pelanggan setia kami telah menikmatinya dari generasi ke generasi.
Teh Pu’er ini dibiarkan tua untuk sekurang-kurangnya setahun dan amat sesuai dinikmati oleh mereka yang baru berkecimpung dalam penerokaan dunia Pu'er atau untuk para pengamal Pu'er yang berpengalaman serta menggemari citarasa klasik Menghai.
> Klik untuk Produk Selanjutnya
Siri Terpilih kami menggunakan daun-daun dari kawasan tinggi berkabus Enam Gunung Teh Terkenal Baharu di Menghai, Bumi Pu'er.
Teh Pu'er bermutu ini melalui proses penapaian selama tiga tahun dan kualiti, perisa dan aromanya yang unik digemari oleh para penggemar Pu'er yang mendambakan kelainan citarasa nyaman.
> Klik untuk Produk Selanjutnya
Teh Siri Maharaja kami amat indah buatannya, sama eksklusifnya seperti Pu'er yang dipersembahkan sebagai Teh Ufti kepada para Maharaja di zaman dahulu kala.
Kesemua teh Pu'er ini dihasilkan daripada daun pohon Arbor liar purba di dataran tinggi pergunungan; dipilih secara teliti dan diadun dengan kemas dan rapi oleh pakar teh kami.
Berusia sekurang-kurangnya lima tahun, teh ini sememangnya berprestij.
> Klik untuk Produk Selanjutnya
Pakar teh kami memilih daun-daun yang terbaik dari 'Raja Pokok Teh' yang berkurun usianya.
Seni kerja tangan secara individu oleh para pakar teh terkemuka di dunia dan berusia minimum sepuluh tahun; teh Pu’er Siri Sarjana kami amat eksklusif dan luar biasa.
Setiap inci penghasilannya hinggalah ke hasil kesenian pembungkusannya yang mengagumkan menjadikan teh ini amat istimewa. Ianya amat sesuai dijadikan hadiah eksklusif dan dikagumi para connoisseur dan pengumpul.
> Klik untuk Produk Selanjutnya