Pandangan Depan | Pandangan Depan |
---|---|
Pandangan Belakang | |
Cakera Pu'er Mentah | Warna Cecair & Daun Teh Dibancuh |
Pu'er Mentah Klasik 8582
357 gram Cakera
Cakera Pu'er mentah ini berjaya diciptakan pada tahun 1985 oleh Kilang Menghai khusus untuk Syarikat Tian Nan di Hong Kong. Formula cakera ini sama popular dengan 7542 di pasaran.
Bahan mentah cakera ini dibuat daripada daun-daun tebal berkuali gred 5-10 dari kawasan teh Menghai. Permukaan cakera masih sempurna berwarna hijau kuning, keketatan cakera teh ditekan dengan sesuai.
Aroma 8582 ini berbau tulen dan disaluti sedikit keharuman teh lama. Air rendamannya berwarna gandum keemasan dan rasanya kuat berserta sedikit kemanisan yang kekal di dalam mulut.
Daun yang telah dibancuh berwarna kekuningan hijau dan masih berkilauan dengan seragam, batang teh lembut dapat kelihatan. Dibiarkan melalui proses penapaian, rasa Pu'er Mentah klasik ini dapat digemari olen pelanggan Hong Kong dan pelanggan dari Taiwan. Teh Menghai ini secara umumnya diiktiraf sebagai teh yang popular di pasaran.