Pandangan Depan | Pandangan Belakang |
---|---|
Cakera Pu'er Mentah | Warna Cecair Teh |
Daun Teh Dibancuh |
Pu’er Mentah Klasik 7542
375 gram Cakera
Cakera Pu'er Mentah ini adalah teh mentah keluaran Kilang Teh Menghai yang paling popular. Ianya adunan sempurna di antara daun-daun lembut tebal dan pucuk-pucuk muda halus.
Permukaan cakera ini berwarna hijau gelap segar dengan berbulu halus yang jelas kelihatan, manakala daun-daun matang berperisa tersembunyi di bahagian tengah.
Jambangan 7542 ini kekal lama dan disaluti keharuman bunga-bungaan. Air rendamannya berwarna gandum keemasan dan rasanya kuat berserta sedikit kemanisan hutan yang kekal di dalam mulut.
Daun yang telah dibancuh berwarna hijau dan berkilauan dengan lebih kurang sama saiznya. Dibiarkan melalui proses penapaian, rasa Pu'er Mentah klasik ini akan mengalami perubahan yang beraneka dan kompleks serta memang berbaloi dinantikan.
Di China, produk 7542 keluaran Kilang Teh Menghai ini secara umumnya diiktiraf sebagai piawaian rasmi bagi kualiti yang perlu dicontohi oleh kesemua teh Pu'er Mentah.