top of page
Pembukaan Rasmi Galeri Taetea Cawangan Pertama di Malaysia

2013-12-1

Pembukaan Rasmi TAETEA (Malaysia) SDN BHD di Kuala Lumpur, Malaysia

Pembukaan rasmi TAETEA (Malaysia) Sdn. Bhd. diadakan pada 1 hb Disember 2013. Selain itu, pembukaan upacara untuk Pameran Teh  dan Kebudayaan Antarabangsa Bunga Raya 2013 selama 5 hari, diadakan pada hari yang sama di Viva Home Expo Hall,Cheras, Kuala Lumpur .

 

Sebelum upacara pembukaan dirasmikan, beberapa persembahan kebudayaan tradisional cina turut diadakan. Antaranya termasuklah persembahan diabolo, intrumen dawai cina dan nyanyian (Cinta bukan legend) berlangsung dengan meriahnya.

 

Pengarah TAETEA (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Yang Wenjian memberi ucapan menyatakan bahawa menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mempunyai masyarakat Cina yang terbesar di luar negara. Masyarakat Cina tempatan dan di China mempunyai hubungan yang erat dalam mempromosikan pertukaran ekonomi dan budaya di antara kedua-dua buah negara, di mana telah memberi banyak sumbangan. Dalam usaha untuk mengeluarkan produk teh bermutu dan perkhidmatan yang lebih baik untuk memenuhi permintaan penduduk di Asia Tenggara, pejabat cawangan TAETEA di Kuala Lumpur, Malaysia telah ditubuhkan. Kelangsungan masa depan syarikat kami bergantung kepada kehendak pasaran dalam menyediakan produk yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat setempat, membawa interaksi budaya teh dan kerjasama bagi membangunkan industri teh di kedua-dua buah negara.

 

Bagi wakil Kumpulan TAETEA, penyertaan pameran teh kali ini diserahkan kepada pengedar sah TAETEA di Malaysia iaitu Kumpulan Jiu Ding Xiang (JDX). Timbalan Pengurus Besar Kumpulan JDX, Encik Lim Jee Jian berbangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Kumpulan TAETEA yang menggalakkan konsep sihat dengan pengambilan teh Pu'er. Usaha-usaha "Xi Cha Ai Ren" (Hargai Teh, Cintailah Orang Yang Tersayang) perlu diperkenal dan disemai dalam kalangan rakyat Malaysia dengan lebih giat lagi.

 

 

Pameran Teh  dan Kebudayaan Antarabangsa Bunga Raya merupakan Ekspo Teh yang paling berpengaruh dan terbesar di pasaran Malaysia. Dewan ekspo dibahagikan kepada 233 petak pameran. Skop pameran termasuklah produk teh, alat perkakas teh, catur, gambar, jed, ukiran kayu dan sebagainya.

 

Sebagai peserta pameran, hanya TAETEA yang menyediakan bar uji rasa teh yang moden di petak pameran. Petak pameran tersebut mempamerkan imej baru yang menyegarkan bagi menarik perhatian para pengunjung pameran untuk melawat. Ia mempamerkan intipati kebudayaan tamadun Cina sepenuhnya dengan penekanan yang sama terhadap Malaysia.

bottom of page